Perang Falkland ataupun
Perang Malvinas (
Bahasa Sepanyol: Guerra de las Malvinas), merupakan peperangan antara
Argentina dan
United Kingdom merebut
kepulauan Falkland, juga dikenali dalam
bahasa Sepanyol sebagai Islas Malvinas, antara Mac dan Jun
1982. Kepulauan Falklands terdiri daripada dua pulau besar dan banyak pulau kecil di
Lautan Atlantik Selatan timur Argentina, yang hak miliknya telah lama menjadi pertikaian. Argentina berada ditengah-tengah krisis ekonomi yang teruk dan penentangan umum terhadap
junta kerajaan tentera yang menguasai Argentina pada tempoh sebelum perang. Kerajaan junta, yang diketuai oleh Presiden Jeneral
Leopoldo Galtieri, kian terdesak untuk mengekalkan kuasanya. Lalu beliau memutuskan untuk memainkan sentimen
kebangsaan yang lama terpendam dengan melancarkan perang terhadap tentera British di
kepulauan Falkland. Beliau menyangkakan kepulauan ini boleh ditawan dengan cepat dan mudah.Ketegangan mengenai Kepulauan Falklands meningkat pada 19 March apabila 50 orang Argentina mendarat di (British dependency)
Georgia Selatan dan mengibarkan Bendera Argentina mereka, tindakan yang dilihat sebagai serangan pertama dalam peperangan. Pada 2 April, Galtieri memerintah penjajahan Kepulauan Falkland, memulakan Peperangan Falklands.Walaupun pada mulanya dikejutkan oleh serangan Argentina dipulau Selatan Atlantik, Britain melancarkan (task force) tentera laut untuk menangani tentera laut dan tentera udara Argentina, dan menghantar
Royal Marines di lapangan. Selepas pertempuran sengit, pihak British akhirnya berjaya dan kepulauan itu kekal dibawah kuasa British, walaupun sehingga 2005, Argentina masih tidak melepaskan tuntutannya keatas Kepulauan Falkland. Kesan
politik peperangan tersebut amat dirasai dikedua buah negara. Kekalahan Argentina merupakan satu tamparan yang hebat kepada kerajaan tentera di Argentina, yang mengakibatkan kejatuhannya. Sementara gelombang perasaan
patriotik melanda United Kingdom, memperkukuhkan kerajaan British
Perdana Menteri Margaret Thatcher. Peperangan itu juga merupakan tema utama dalam kebudayaan kedua buah negara, dan telah menjadi tajuk beberapa buku ,
wayang, dan
lagu, walaupun akibat jumlah mangsa yang rendah dikedua pihak, ingatan peperangan tersebut mulai pudar dari ingatan kedua-dua buah negara.